Kelas Asas Microsoft Office

4 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 3 November 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas Microsoft Office iaitu Microsoft Excel. Kelas ini telah diadakan di atas permintaan peserta di mana peserta diberikan tunjuk ajar dalam menggunakan aplikasi Microsoft Excel. Peserta didedahkan dengan butang-butang yang terdapat pada ribbon Excel dan menggunakan pengetahuan tersebut dalam latihan yang diberikan.

Selain itu, peserta diberi tunjuk ajar cara mengemaskan lagi hasil tugasan yang diberikan. Setelah itu, peserta diajarkan cara mencetak tugasan mereka. Kelas berlangsung selama 2 jam iaitu dari pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang dan mereka adalah daripada kalangan pelajar sekolah seramai 6 orang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali